Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kereta dipandu lawan arus
Published on: Wednesday, January 15, 2025
Published on: Wed, Jan 15, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Kereta dipandu lawan arus
PROTON Saga itu di lokasi kemalangan.
LAHAD DATU: Sebuah Proton Saga FLX yang melawan arus lalu lintas untuk melarikan diri daripada polis, mengalami kemalangan di Jalan Airport, di sepanjang jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal polis mendapati, ketika pemeriksaan polis di Jalan Pantai, pemandu Proton Saga FLX itu cuba melarikan diri dengan memandu melawan arus dan merempuh beberapa kenderaan di kawasan itu.

Advertisement
Pemandu itu mengundurkan kenderaannya secara melulu sebelum melarikan diri. Polis di tempat kejadian cuba menghentikan kenderaan itu tetapi sia-sia dan pemandunya melarikan diri ke lokasi yang tidak diketahui.

Bagaimanapun, Dzulbaharin berkata, ketika meneruskan operasi di Jalan Airport, Proton Saga FLX itu ditemui terbabit dalam kemalangan dipercayai hilang kawalan dan merempuh dua kenderaan di lokasi kejadian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil pemeriksaan ke atas Proton Saga FLX mendapati pemandunya telah melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di tempat kejadian,” katanya, menambah tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut Dzulbaharin, kesemua pemandu kenderaan terbabit diarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk membuat laporan polis.

Advertisement
Polis juga membawa Proton Saga FLX itu ke Pejabat Trafik Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Saksi kejadian itu diminta menghubungi Insp. Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau datang ke Ibu Pejabat Polis Lahad Datu.

Dzulbaharin mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya memberi kerjasama semasa pemeriksaan polis serta berhati-hati semasa memandu bagi mengelak kejadian tidak diingini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here