Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bantuan Sara berkesan kurangkan beban rakyat
Published on: Saturday, January 18, 2025
Published on: Sat, Jan 18, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Bantuan Sara berkesan kurangkan beban rakyat
Beberapa penerima yang ditemuramah. Dari kiri, Salviah, Asnawi (tengah) dan Muhammad Afiq.
LAHAD DATU: Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada rakyat dilihat sebagai satu pendekatan yang sangat berkesan bagi membantu penerima.

Beberapa penerima yang ditemui berkata bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas serta barangan keperluan anak-anak.

Advertisement
Surirumah, Salviah Durahim berkata, dia merancang untuk menggunakan bantuan Sara bagi membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan diri dan anak-anak.

“Bantuan ini juga, akan saya gunakan untuk membeli barangan keperluan untuk anak-anak bersekolah serta barangan rumah seperti sabun cuci kain dan sebagainya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi Asnawi Ahmad, bantuan Sara yang diterima akan digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anaknya.

Asnawi yang bekerja sendiri berkata, bantuan ini sangat membantu, terutamanya dalam menampung perbelanjaan keluarga.

Advertisement
“Bantuan ini digunakan untuk membeli alat tulis, buku dan sebagainya. Bantuan ini dapat membantu keluarga saya,” katanya.

Sementara itu, bagi penerima Sara kategori bujang, Muhammad Afiq As-Siddiq Amin berkata, bantuan yang diterima akan digunakan untuk membeli keperluan asas.

Advertisement
Katanya, selain makanan, bantuan ini juga akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan.

“Bantuan ini sangat membantu. Saya akan gunakan bantuan ini untuk membeli makanan, barangan keperluan harian dan ubat-ubatan,” tambahnya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa bantuan Sara yang sebelum ini melibatkan penerima di Semenanjung Malaysia, diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

Melalui bantuan Sara, penerima akan menerima bantuan melalui MyKad secara bulanan. Kadar bantuan Sara ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan bahawa inisiatif Sara ini merupakan pendekatan bantuan bersasar dengan sebahagian pertambahan hasil negara, serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Penyaluran Sara melalui MyKad juga adalah secara bersasar dengan mekanisme itu memastikan golongan miskin menerima manfaat dalam bentuk barang asas, termasuk makanan asas. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here