Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
ECoS nasihati hanya jual, beli barang elektrik diiktiraf
Published on: Thursday, January 23, 2025
Published on: Thu, Jan 23, 2025
Text Size:
Text:
ECoS nasihati hanya jual, beli barang elektrik diiktiraf
PEGAWAI ECoS dan Sirim memeriksa kelengkapan elektrik pengguna di sebuah kedai di Putatan.
PUTATAN: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menasihati penjual untuk hanya menjual kelengkapan elektrik yang diiktiraf oleh ECoS atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST).  

Gesaan itu dibuat selepas suatu operasi pemantauan bersepadu (Ops Klik) ECoS bersama Sirim QAS International Sdn Bhd di sini mendapati pelbagai kelengkapan elektrik tidak diiktiraf dijual, termasuk kipas, cerek, ketuhar, mentol lampu, soket sambungan, kabel pendawaian dan palam kuasa. 

Advertisement
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Pemantauan ECoS Muhammad Azuan Zainuddin, yang mengetuai operasi itu, berkata ramai penjual tidak menyedari risiko keselamatan kepada orang awam akibat penjualan kelengkapan elektrik tidak diiktiraf, yang boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan juga boleh membahayakan nyawa. 

Beliau menambah kebanyakan kelengkapan elektrik pengguna yang tidak berlabel menjadi pilihan orang awam kerana harganya yang lebih murah. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ECoS Ridwan Saham berkata, Ops Klik bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penjual mengenai pematuhan kepada Enakmen Bekalan Elektrik (EBE) 2024 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (PPBE) 2024.

Di bawah peraturan ini, semua kelengkapan elektrik pengguna mesti diluluskan dan dilabelkan dengan Label Keselamatan ECoS-Sirim, ST-Sirim dan Label Penarafan Kecekapan Tenaga ECoS, sebelum boleh dijual kepada orang awam. 

Advertisement
Kegagalan untuk mematuhi Peraturan 107 dan Peraturan 111(3) di bawah PPBE 2024 boleh mengakibatkan kelengkapan elektrik tersebut disita, dibuang atau dialihkan. 

ECoS komited untuk meneruskan operasi penguatkuasaan berterusan bagi memastikan hanya kelengkapan elektrik diiktiraf dijual kepada pengguna Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here