Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
APMM tahan kapal nelayan langgar syarat lesen di perairan Kunak
Published on: Friday, January 24, 2025
Published on: Fri, Jan 24, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
APMM tahan kapal nelayan langgar syarat lesen di perairan Kunak
ANGGOTA APMM bersama kru bot yang ditahan.
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal nelayan di perairan Kunak, di sini, pada Selasa kerana melanggar syarat lesen.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali, berkata kapal nelayan ikan bilis itu ditahan kira-kira 1.30 tengah hari di perairan Kunak Tiga oleh APMM ketika menjalankan tugas di bawah Op Pluto Timur.

Advertisement
Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu dikendalikan dua lelaki tempatan berusia 19 dan 44 tahun serta warga Filipina berusia 53 tahun. Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Hasil pemeriksaan juga mendapati kapal itu membawa lima kilogram ikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan lanjut mendapati kapal berkenaan melanggar Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari pantai.

“Bot, anak kapal dan hasil tangkapan dibawa ke jeti Perikanan Lahad Datu dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut dengan rampasan dianggarkan bernilai RM85,000,” katanya.

Advertisement
Dalam pada itu, Dzulfikhar berkata, APMM tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang dan terus meningkatkan rondaan dan pemantauan di perairan negara.

Tambahnya, untuk sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Lahad Datu melalui WhatsApp di talian 016-9305727 atau MERS999 untuk tindakan segera.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here