Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
SPRM tahan pembantu tadbir kerajaan negeri disyaki buat tuntutan palsu
Published on: Tuesday, February 04, 2025
Published on: Tue, Feb 04, 2025
Text Size:
Text:
SPRM tahan pembantu tadbir kerajaan negeri disyaki buat tuntutan palsu
Suspek akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pembantu tadbir kewangan sebuah jabatan kerajaan negeri ini disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi memperoleh tuntutan penginapan hotel berjumlah kira-kira RM20,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 30-an itu telah ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Advertisement
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki mengemukakan 23 resit tuntutan penginapan hotel atas nama empat individu sedangkan kesemua penama tersebut tidak pernah menginap di hotel tersebut.

“Tuntutan palsu yang dikemukakan keseluruhannya berjumlah kira-kira RM20,000 dan resit palsu ini menggunakan nama beberapa hotel yang beroperasi di negeri ini. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek didapati menggunakan sebuah aplikasi dalam talian bagi membuat resit-resit palsu ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Advertisement
Tambah beliau, suspek akan dituduh esok di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here