Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ambil peluang limpahan pembangunan di Sipitang: MP
Published on: Sunday, February 23, 2025
Published on: Sun, Feb 23, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Ambil peluang limpahan pembangunan di Sipitang: MP
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah
SIPITANG: Warga setempat perlu siap sedia mengambil peluang terhadap limpahan pembangunan menerusi pelbagai projek mega antaranya Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas (Sogip).

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, operasi perdagangan daripada pelabuhan baharu itu kelak akan menjadikan daerah itu sebagai gerbang perdagangan maritim di rantau ini.

Advertisement
“Difahamkan lebih 8,000 peluang pekerjaan akan dibawa masuk nanti dan impak daripadanya sudah tentu akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dalam pelbagai bidang di daerah ini.

“Bukan itu saja, pelbagai industri berkaitan minyak dan gas juga akan dibangunkan di kawasan ini, justeru warga Sipitang harus bersedia mengambil manfaat daripada peluang ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Peringkat Parlimen Sipitang, di sini, Sabtu.

Hadir sama wakil rakyat Sindumin yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Dr Yusuf Yacob dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan (Tugas-Tugas Khas), Ak Raimi Abd Rahman.

Advertisement
Matbali berkata, bagaimanapun, limpahan pembangunan itu tidak seimbang sekiranya jalan rosak dan projek Lebuh Raya Pan Borneo di jajaran Beaufort ke Sipitang tidak diselesaikan segera.

Menurutnya, beliau sudah mengangkat masalah itu semasa sidang Parlimen, baru-baru ini dan telah menggesa kerajaan serta agensi bertanggungjawab untuk pastikan ia diambil perhatian.

Advertisement
“Kerosakan jalan raya akibat kelewatan projek Lebih Raya Pan Borneo ini menimbulkan banyak masalah kepada rakyat, bukan saja dari segi kerosakan kenderaan tetapi juga kemalangan.

“Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, ketika berkunjung ke Sipitang bagi merasmikan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), mengalami kemalangan akibat masalah jalan raya ini.

“Justeru, kerajaan dan kementerian berkaitan harus segera mencari penyelesaian kerana kita khuatir jika ia berlarutan, bukan pemimpin saja yang akan disalahkan rakyat tetapi juga kerajaan,” tegasnya.

Terdahulu, sebanyak RM148,000 disumbangkan Matbali di majlis itu kepada PIBG dari 74 sekolah di Sipitang, termasuk menyampaikan pelbagai bantuan pendidikan kerajaan kepada penerima.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here