Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
48 lulus kursus kejurulatihan tinju tahap satu
Published on: Friday, February 28, 2025
Published on: Fri, Feb 28, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
48 lulus kursus kejurulatihan tinju tahap satu
IRUAN (depan, keenam dari kiri) dan Orlando (bertopi) bersama peserta dan pegawai.
Kota Kinabalu: Kesemua 48 peserta yang mengikuti kursus kejurulatihan tinju tahap satu di Dewan Kuliah 1 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) lulus peperiksaan pada Rabu.

Antara jurulatih baharu yang layak, sembilan daripadanya berasal dari Sarawak, manakala selebihnya dari Sabah termasuk dua wanita.

Advertisement
Kursus empat hari anjuran Persatuan Tinju Sabah (SBA) dengan kerjasama Persekutuan Tinju Malaysia (MBF) itu dikendalikan jurulatih kebangsaan Paunandes Zulkiflie @ Paunandes Paulus dan Supawit Chareonsook.

Majlis penutupan disempurnakan oleh Presiden MBF Datuk Iruan Dzulkifli yang berharap dengan peningkatan bilangan jurulatih yang dihasilkan di negeri ini, lebih ramai bakat akan dicungkil pada masa akan datang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Presiden SBA Datuk Orlando Harumal yang sebelum ini merasmikan majlis perasmian kagum dengan rekod bilangan peserta.

Orlando juga berharap para jurulatih dapat memanfaatkan sepenuhnya pengetahuan mereka dan membantu persatuan memajukan lagi sukan itu di negeri ini.

Advertisement
Turut hadir pada majlis penutupan itu ialah Naib Presiden MBF Sawalingam Govindasamy, Setiausaha Agung Rosli Salim dan pegawai tinggi lain dari SBA dan MBF.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here