Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Projek mega beri limpahan ekonomi kepada Sipitang
Published on: Wednesday, March 26, 2025
Published on: Wed, Mar 26, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Projek mega beri limpahan ekonomi kepada Sipitang
Matbali, yang juga Pengerusi Lembaga Koko (Sabah) Malaysia berkata, dijangka puluhan ribu peluang pekerjaan akan dibuka susulan pelaksanaan projek-projek itu termasuk pelbagai manfaat ekonomi lainnya.
BEAUFORT: Sipitang bakal menjadi hab minyak dan gas serta sektor tenaga di rantau ini susulan pelbagai projek mega yang akan dilaksanakan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dalam masa terdekat.

Ahli Parlimennya, Datuk Matbali Musah berkata, antaranya kemasukan pelaburan baharu melibatkan Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas bernilai RM8.88 bilion yang turut merangkumi pembinaan pelabuhan di SOGIP.

Advertisement
Menurutnya, pelabuhan canggih itu juga akan menarik pelaburan tambahan dalam infrastruktur tenaga, kemajuan teknologi, dan pengembangan industri seterusnya menjadikan Sabah hab utama sektor tenaga di Asia Tenggara. 

Selain itu katanya, turut akan dilaksanakan adalah projek Loji Penyimpanan dan Penapisan Minyak Petroleum bernilai RM15.5 bilion yang akan bermula April tahun ini dan projek Kilang Keluli Hijau bernilai RM20 bilion.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini akan menjadikan Sipitang sebagai hab minyak dan gas serta tenaga yang berdaya saing di peringkat antarabangsa termasuk menjadi gerbang kepada perdagangan maritim di rantau ini.

“Selain memacu pertumbuhan ekonomi Sabah, ia juga akan memberi manfaat jangka panjang kepada warga setempat,” katanya ketika ditemui di Majlis Jamuan Moreh Pimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian Lumadan, di sini, Isnin lepas.

Advertisement
Hadir sama Ketua PGRS Bahagian Lumadan merangkap Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Mazlan Joehari Manan.

Matbali, yang juga Pengerusi Lembaga Koko (Sabah) Malaysia berkata, dijangka puluhan ribu peluang pekerjaan akan dibuka susulan pelaksanaan projek-projek itu termasuk pelbagai manfaat ekonomi lainnya.

Advertisement
Menurutnya, sebanyak 8,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan menerusi Projek Hab Tenaga, Minyak dan Gas yang merangkumi bidang kejuruteraan, pengangkutan, keselamatan operasi pelabuhan dan logistik.

Katanya, manakala lebih 3,000 peluang pekerjaan bagi projek loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum semasa fasa pembinaannya, dan lebih 1,000 pekerjaan tetap apabila beroperasi sepenuhnya. 

“Secara keseluruhannya, semua projek ini bakal menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga, pembuatan, kejuruteraan, dan perkhidmatan sokongan industri,” katanya.

Dalam pada itu, Matbali turut menggesa masyarakat setempat supaya mengambil peluang terhadap limpahan manfaat yang akan diperolehi khususnya dalam aspek perniagaan dan ekonomi tempatan.

“Sudah tentu, kemasukan pelaburan asing dan domestik ini akan mewujudkan permintaan tinggi terhadap kedai makan, inap desa, rumah sewa, kedai runcit dan perkhidmatan lainnya.

“Tidak ketinggalan, industri kecil dan sederhana (IKS) berasaskan minyak dan gas, logistik, dan perkhidmatan teknikal juga akan berkembang termasuk meningkatkan pendapatan daerah ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semua limpahan ekonomi itu tidak seimbang sekiranya masalah utama melibatkan projek Lebuh Raya Pan Borneo bagi jajaran Beaufort ke Sipitang tidak diselesaikan segera.

Menurutnya, beliau sudah mengangkat masalah itu semasa sidang Parlimen, baru-baru ini dan telah menggesa kerajaan serta agensi bertanggungjawab untuk pastikan ia diambil perhatian.

“Kerosakan jalan raya akibat kelewatan projek Lebuhraya Pan Borneo ini menimbulkan banyak masalah kepada rakyat yang bukan saja dari segi kerosakan kenderaan tetapi juga keselamatan pengguna.

“Justeru, kerajaan dan kementerian berkaitan harus segera mencari penyelesaian kerana kita khuatir jika ia berlarutan, bukan pemimpin saja yang akan disalahkan rakyat tetapi juga kerajaan,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here