Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Cadangan tubuh Kelab Pelajar IPT Kiulu
Published on: Friday, April 04, 2025
Published on: Fri, Apr 04, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Cadangan tubuh Kelab Pelajar IPT Kiulu
JONISTON bersama pelajar IPTA dan belia Kiulu dalam sesi pertemuan di Kampung Tombongon.
KIULU: Adun Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai, memberi cadangan menubuhkan Kelab Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Kiulu sebagai platform bagi pelajar di sini menganjurkan aktiviti kepimpinan dan kemasyarakatan.

Beliau berkata kewujudan kelab seumpama itu bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pelajar, malah boleh dijadikan landasan untuk interaksi lebih erat dengan kepimpinan di Kiulu.

Advertisement
“Saya percaya pelajar-pelajar IPT dari Kiulu mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti”.

“Dengan adanya kelab ini, mereka boleh menjalankan pelbagai program bermakna yang bukan sahaja memanfaatkan diri mereka tetapi juga masyarakat,” katanya semasa sesi pertemuan dengan pelajar-pelajar IPT baru-baru ini, di Kampung Tombongon.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Joniston turut memberi komitmen untuk menyokong penganjuran aktiviti kelab tersebut dan bersedia menyediakan bantuan yang diperlukan.

Cadangan beliau disambut baik oleh sekumpulan pelajar IPT yang diketuai oleh Christella Moureen Yain, pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Utara Malaysia.

Advertisement
Christella turut menyatakan komitmen mereka untuk membentuk jawatankuasa protem sebagai langkah awal ke arah penubuhan kelab tersebut.

“Saya percaya dengan adanya kelab seperti yang dicadangkan oleh Datuk (Joniston), kami berpeluang memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyumbang pembangunan Kiulu,” katanya.

Advertisement
Sebagai tanda sokongan kepada golongan belia, Joniston pada awal tahun ini mengumumkan dana sebanyak RM50,000 bagi tujuan penganjuran aktiviti belia di kawasan DUN Kiulu.

Sementara itu, dalam dua program belia anjuran Gereja Seventh Day Adventist hujung minggu lalu, Joniston menekankan kepentingan kepimpinan dan disiplin dalam kalangan belia.

Program tersebut memberi peluang kepadanya untuk berinteraksi dengan golongan belia dari generasi-Y serta berkongsi pandangannya mengenai pembangunan kepimpinan.

“Bagi membentuk pemimpin yang baik, disiplin dan nilai kepimpinan harus dipupuk sejak awal.

“Golongan belia perlu sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran diri dan menjadi contoh yang baik dalam masyarakat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here