Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hanya lesen mencari gali emas dikeluarkan, bukan pajakan melombong: Hajiji
Published on: Thursday, April 17, 2025
Published on: Thu, Apr 17, 2025
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Hanya lesen mencari gali emas dikeluarkan, bukan pajakan melombong: Hajiji
Mohd Shafie juga bertanya kenapa lesen mencari gali itu diberikan kepada syarikat swasta, bukannya kepada mana-mana entiti milik Kerajaan yang berkebolehan.
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menekankan, pengeluaran lesen mencari gali kepada sebuah syarikat swasta di kawasan Nagos di Semporna tidak menjejaskan kepentingan Kerajaan Negeri, sebaliknya mencerminkan strategi kewangan yang kukuh dan pengurusan risiko yang bijak.

Menjawab soalan Adun Senallang Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika membuat penggulungan bagi Jabatan Ketua Menteri (JKM) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Rabu, berhubung potensi pembangunan perlombongan emas di kawasan itu yang berkeluasan hampir 1,000 hektar, Hajiji menjelaskan bahawa hanya Lesen Mencarigali dikeluarkan, bukannya Pajakan Melombong.

Advertisement
“Lesen mencari gali tidak sama dengan hak untuk melombong. Sebarang perkara yang melibatkan kepentingan kerajaan seperti ekuiti, royalti, fi pajakan melombong dan sebagainya hanya akan dibincangkan dan diputuskan oleh Kabinet sekiranya kawasan itu maju ke peringkat pajakan melombong,” katanya.

Mohd Shafie juga bertanya kenapa lesen mencari gali itu diberikan kepada syarikat swasta, bukannya kepada mana-mana entiti milik Kerajaan yang berkebolehan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji menjelaskan bahawa penerokaan mineral adalah aktiviti yang rumit dari segi teknikal dan berisiko tinggi, yang memerlukan pelaburan awal yang besar tanpa sebarang jaminan pulangan. Oleh itu, keputusan mengeluarkan lesen kepada entiti swasta membolehkan Kerajaan Negeri mengelak risiko kewangan dan operasi.

“Semua kos cari gali akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta yang memegang lesen mencari gali. Dengan memindahkan risiko ini, Kerajaan Negeri dibebaskan daripada keperluan untuk melabur modal, mengurus operasi, atau menjalankan pemasaran dan jualan,” katanya.

Advertisement
Hajiji juga mengumumkan bahawa sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Sabah Mineral Management (SMM), telah ditubuhkan untuk berkhidmat sebagai badan barisan hadapan bagi pemantauan dan kawalan.

“SMM memastikan hanya entiti berkeupayaan dengan kepakaran teknikal dan kekuatan kewangan diberikan lesen. Ia juga akan bertanggungjawab untuk mengesahkan pengisytiharan royalti yang tepat dan tepat pada masanya, memelihara kutipan hasil dan memastikan semua aktiviti perlombongan dijalankan secara mampan dan mematuhi sepenuhnya piawaian ESG antarabangsa,” katanya.

Advertisement
Beliau menambah bahawa inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menjana pendapatan secara bertanggungjawab di samping memelihara sumber asli Sabah yang berharga untuk generasi akan datang.

Ketua Menteri juga menjelaskan bahawa kayu yang diangkut oleh kapal Ocean Kaya 2500 yang tular dalam talian baru-baru ini tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti pembalakan di Sipitang.

Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Adun Moyog Datuk Darell Leiking, Hajiji berkata, tiada operasi pembalakan sedang dijalankan di kawasan Sipitang ketika ini.

“Kayu balak yang diangkut oleh kapal Ocean Kaya 2500 bukan berasal dari Sipitang, sebaliknya ia terdiri daripada kayu Eucalyptus Pellita yang ditanam di ladang milik Sabah Softwoods Berhad dari daerah Kalabakan,” katanya.

Beliau menambah kayu itu untuk tujuan eksport ke Indonesia dan keseluruhan proses pengangkutan dan eksport telah mengikut prosedur undang-undang yang betul.

“Pengangkutan dan eksport kayu itu disahkan telah melalui semua prosedur yang sah,” tegasnya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here