Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Intai peluang eksport produk tempatan ke Indonesia’
Published on: Monday, April 28, 2025
Published on: Mon, Apr 28, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
‘Intai peluang eksport produk tempatan ke Indonesia’
ANDI Suryady (tengah) menyempurnakan acara simbolik penyerahan bantuan pembungkusan produk kepada usahawan-usahawan PMKS yang terpilih.
TAWAU: Golongan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) digesa memanfaatkan peluang mengeksport produk diusahakan bukan hanya ke Semenanjung malahan pasaran Indonesia.

Hal ini berikutan kedudukan geografi daerah Tawau  dan Kalabakan yang disifatkan strategik ekoran berhampiran sempadan termasuklah ibu kota baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur.

Advertisement
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Andi Muhd Suryady Bandy berkata pelbagai inisiatif, platform, bantuan dan insentif disediakan untuk menyokong usahawan PMKS tempatan merebut peluang terbabit.

“Nusantara sudah dibuka secara berperingkat sejak Ogos tahun lalu. Oleh itu kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan hubungan dagang antara dua dua hala. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia termasuklah bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan menerusi usaha menaiktaraf Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (di Serudong, Kalabakan),” katanya.

Andi Suryady berkata demikian pada sidang media sempena Karnival Usahawan PMKS Sabah 2025 Zon Tawau dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada Sabtu.

Advertisement
Mengulas lanjut, beliau optimis akses hubungan wilayah bersempadan menerusi jalan darat, laut dan udara berupaya menambah kerancakan hubungan dagang antara kedua-dua negara.

Menurutnya usaha mempergiat dan memperhebatkan kerjasama dengan negara jiran amat diperlukan lebih-lebih lagi pemimpin tertinggi Malaysia-Indonesia sudah menjalinkan perjanjian persefahaman.

Advertisement
“Banyak peluang terbuka seperti produk kita boleh dieksport ke Indonesia. 

“Program kali ini misalnya dilihat satu gerak kerja yang lebih besar untuk memposisikan Tawau dan Kalabakan sebagai hab perniagaan kerana terletak bersempadan Indonesia.

“Penglibatan usahawan PMKS mampu menyediakan peluang meneroka pasaran baharu, mempromosikan produk dan memperkasa produk-produk buatan tempatan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here