Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Azalina, Ewon hadiri upacara pengebumian Paus Francis
Published on: Monday, April 28, 2025
Published on: Mon, Apr 28, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Azalina, Ewon hadiri upacara pengebumian Paus Francis
EWON ketika memberikan penghormatan terakhir ke atas mendiang Paus Francis.
VATICAN CITY: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, bersama pemimpin dunia menghadiri upacara misa dan pengebumian Paus Francis di St.Peter Square, Vatican City, Sabtu lalu. 

Antara pemimpin dunia yang hadir Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky serta bekas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan bekas Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

Advertisement
Upacara misa yang dihadiri ratusan ribu orang daripada pelbagai agama seluruh dunia itu dijalankan dalam bahasa Itali dan disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

“Pada Jumaat, saya bersama Duta Besar Malaysia ke Holy See Hendy Anak Assan memberikan penghormatan terakhir kepada Paus Francis di St.Peter Basilica. Ini satu pengalaman yang amat menakjubkan bila berada di tempat ini, apatah lagi memberikan pengormatan terakhir kepada Paus Francis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kelmarin (Sabtu) saya bersama-sama dengan Azalina dan semua pemimpin negara kuasa besar dunia telah mengikuti upacara misa dan pengebumian Paus Francis di Dataran St.Peter,” kata Ewon dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Ewon berkata mendiang Paus Francis telah meninggalkan banyak legasi khususnya wacana, pandangan dan pesanan beliau, terutama kepada penganut Katolik di seluruh dunia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here