Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Penarikan subsidi telur: KPKM akan perbanyak keluaran telur gred khas
Published on: Sunday, May 04, 2025
Published on: Sun, May 04, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Penarikan subsidi telur: KPKM akan perbanyak keluaran telur gred khas
Gambar sekadar ilustrasi. - Getty Images
KUALA TERENGGANU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memperbanyak keluaran telur ayam gred khas yang lebih murah susulan penamatan pemberian subsidi bagi produk itu bermula 1 Ogos ini.

Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah ini memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan pada harga lebih murah sekali gus menstabilkan harga telur ayam.

Advertisement
“Kita juga nak memperbanyak keluaran telur ayam khas yang lebih murah (seperti pada) bulan Ramadan baru-baru ini (yang) dijual RM5 sepapan.

“Kali ini, tak tahu harganya macam mana tetapi kita yakin tidak akan naik melambung,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Pakatan Harapan Terengganu di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 30 April lepas, KPKM ketika mengumumkan penarikan subsidi berkenaan turut memaklumkan  beberapa langkah intervensi akan dilaksana oleh kementerian itu bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi meminimumkan impak terhadap kos sara hidup rakyat susulan keputusan itu.

Antaranya kerajaan memberi jaminan bahawa pihak industri bersetuju memperkenal telur ayam gred khas pada harga yang munasabah.

Advertisement
Mohamad berkata rakyat juga boleh mendapatkan bekalan telur ayam pada harga yang lebih kompetetif melalui inisiatif Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara.

Selain itu, beliau berkata keputusan kerajaan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan kawalan harga telur ayam serta mengurangkan kadar subsidi daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji yang berkuat kuasa 1 Mei lepas, dibuat secara libat urus bersama pihak berkepentingan.

Advertisement
“Kita berunding pertama dengan pengeluar telur ayam dan pemain industri. Kita juga buat secara soft landing, tak tarik secara mengejut. Maka saya yakin harga telur ayam tidak naik melambung,” katanya.

Mohamad turut menyeru agar penanaman kelapa muda tempatan khususnya varieti kelapa wangi seperti kelapa pandan yang beraroma unik dan manis diperbanyak susulan peningkatan permintaan dari China.

“Ini beri peluang untuk Terengganu misalnya... yang ada tanah luas untuk tumpu tanaman ini yang boleh datangkan pendapatan baik.

"... China ada penduduk lebih 1.4 bilion, dengan lebih 800 juta mampu berbelanja… itu satu peluang ekonomi yang terbuka sekarang,” katanya.

Pada 19 April lepas, Ketua Pengarah Pertanian Datuk Nor Sam Alwi berkata pembukaan pasaran kelapa segar ke China menerusi Protokol Keperluan Fitosanitari menandakan peningkatan kawalan biosekuriti di samping mewujudkan elemen kebolehkesanan yang lebih sistematik dalam pengeluaran kelapa muda berkualiti.

Beliau berkata Malaysia akan mengeksport kelapa muda bagi tujuan minuman segar dengan keutamaan diberikan kepada varieti kelapa wangi seperti kelapa pandan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here