Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bil tak dibayar: Pelajar MRSM terjejas kuasa dipotong
Published on: Thursday, May 08, 2025
Published on: Thu, May 08, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bil tak dibayar: Pelajar MRSM terjejas kuasa dipotong
Aldam berkata, perkara itu memerlukan perhatian kerajaan kerana melibatkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar dan tenaga pengajar serta pihak pentadbir.
TAWAU: Isu pemotongan bekalan elektrik yang menjejaskan 654 orang, termasuk pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Sandakan baru-baru ini akibat tunggakan bil, memerlukan campur tangan Kerajaan Negeri.

Exco Muafakat Mara Malaysia (Exco Hal Ehwal Borneo), Aldam Abdullah berkata, perkara itu memerlukan perhatian kerajaan kerana melibatkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar dan tenaga pengajar serta pihak pentadbir.

Advertisement
Menurutnya, tanpa penyelesaian segera, pihak MRSM khuatir pemotongan bekalan elektrik akan berlaku pada bila-bila masa sahaja berikutan tunggakan bil yang berulang-ulang dan sudah lama berterusan.

Beliau turut menyarankan agar Sabah Electricity (SE) mengambil tindakan tegas terhadap SEH Power Sdn Bhd dan bukannya memutuskan bekalan di kawasan Hab Pendidikan Sandakan melibatkan MRSM Sandakan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kolej Vokasional dan Politeknik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita juga mencadangkan agar pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) membuat pemasangan tenaga solar di sekitar MRSM Sandakan sebagai antara langkah awal menangani isu bekalan elektrik ini.

“Mara melalui Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) juga perlu berunding dengan SE berkenaan kaedah terbaik untuk mengatasi isu pemotongan bekalan elektrik agar tidak lagi berulang sehingga menjejaskan ramai pihak,” katanya kepada Daily Express.

Advertisement
Terdahulu, SE mengeluarkan notis pemotongan bekalan elektrik bertarikh 5 Mei kepada empat institusi pendidikan berikutan masih mempunyai tunggakan dan gagal membuat pembayaran balik tunggakan seperti dipersetujui bersama dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Notis tersebut menyatakan SE akan melaksanakan pemotongan bekalan di premis-premis tersebut pada bila-bila masa yang bersesuaian, selagi tunggakan masih belum dibayar berdasarkan persetujuan asal.

Advertisement
Sementara itu, Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wadji Dusuki di halaman rasmi Facebook beliau pada 11 Mac lalu menyatakan MRSM tidak pernah culas dalam membayar bil kepada SEH Power Sdn Bhd.

Bagaimanapun, akibat kecuaian syarikat itu yang tidak membayar tunggakan bil kepada SE, bekalan di kawasan Hab Pendidikan Sandakan dipotong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here