Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memotong kek bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-70 di Dewan Sri Sulaiman di Tuaran, malam Sabtu.
Beliau ditemani oleh isterinya, Datin Seri Juliah Salag dan ahli keluarga. Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis diraikan sederhana itu, termasuk wakil-wakil rakyat, pemimpin masyarakat dan rakan-rakan.
Majlis tersebut turut menampilkan lakonan ringkas mengenai zaman kanak-kanaknya serta montaj video perjalanan hidup beliau dari kecil hingga menjadi Ketua Menteri pada 2020.
Hajiji menceburi dunia politik sejak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Tuaran pada pilihan raya negeri 1994 dan terus mempertahankan kerusi tersebut hingga kini.
Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor perbankan dan memegang pelbagai portfolio kementerian.