Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Hajiji santuni jemaah haji Tuaran
Published on: Thursday, May 15, 2025
Published on: Thu, May 15, 2025
Text Size:
Text:
Hajiji santuni jemaah haji Tuaran
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag meluangkan masa menyantuni jemaah haji dari kawasan Tuaran dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di kediamannya di Kampung Serusup pada Rabu.

Majlis perjumpaan itu diadakan bagi meraikan dan memberi kata-kata semangat kepada seramai 31 bakal tetamu Allah sebelum mereka berangkat menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci.

Advertisement
Hajiji menzahirkan doa dan harapan agar semua jemaah diberikan kelancaran perjalanan, kesihatan yang baik dan mendapat haji yang mabrur.

“Saya doakan agar semuanya dipermudahkan dan selamat pergi serta selamat pulang,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji dan petugas Tabung Haji serta meluangkan masa beramah mesra bersama mereka. 

Suasana majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat serta jamuan santai.

Advertisement
Turut hadir Pengarah Eksekutif Operasi, Lembaga Tabung Haji, Mohamed Ameen Abdul Wahab, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji, Datuk Nurlaila Said, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais dan Pengarah Negeri Sabah, Lembaga Tabung Haji, Yusdi Nasip.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here