PENAMPANG: Sletcher Myranda Floyd dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Penampang 2025 selepas menewaskan 13 peserta lain dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Buhavan Square, Donggongon, pada Ahad.
Kemenangan itu melayakkan Sletcher mewakili Penampang ke peringkat kebangsaan pada 30 Mei ini.
Dia juga membawa pulang RM7,000, sebuah trofi dan jambangan bunga, selain turut menerima gelaran Tati Topiodo (terbaik dalam personaliti dan penampilan).
Tempat kedua dimenangi Carrie Terence yang menerima RM3,000, trofi dan jambangan bunga, manakala tempat ketiga disandang Dorna Mayra Michael yang menerima RM2,000, trofi dan jambangan bunga serta gelaran Tati Tosuau (terbaik dalam keanggunan dan kehalusan budi).
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.