BELURAN: Guru Bahasa Kadazan Rini Aswanda Jukilin (tengah), 25, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Beluran 2025 yang diadakan di Dewan Serbaguna Beluran, di sini, baru-baru ini.
Rini membawa pulang RM5,000 beserta mahkota dan hadiah iringan lain.
Naib juara Caesyzizi Liakim, 24 (kiri) dan pemenang tempat ketiga Paula Kristine Babango, 28, masing-masing menerima wang tunai RM3,000, dan RM2,000, serta hadiah iringan lain.
Seramai 15 peserta bertanding di peringkat akhir Unduk Ngadau Kaamatan Daerah Beluran itu.