Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tekad jadikan Double Six silibus sejarah wajib
Published on: Thursday, May 29, 2025
Published on: Thu, May 29, 2025
Text Size:
Text:
Tekad jadikan Double Six silibus sejarah wajib
ALOYSIUS berkata Sunduvan sedang merancang untuk menerbitkan buku khas mengenai tragedi tersebut.
Kota Kinabalu: Badan bukan kerajaan (NGO) Sunduvan Sabah menegaskan komitmen untuk terus memperjuangkan usaha agar peristiwa Tragedi Double Six dimasukkan secara rasmi ke dalam silibus pelajaran sejarah di Sabah. 

Pengerusi Sunduvan Sabah Aloysius Danim Siap, berkata tragedi yang berlaku pada 6 Jun 1976, yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu bersama beberapa anggota kabinet, merupakan detik penting dalam lipatan sejarah negeri yang wajar dikenali dan difahami oleh generasi akan datang.

Advertisement
“Sebagai langkah strategik, Sunduvan akan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bagi menyampaikan hasrat ini serta membincangkan mekanisme terbaik untuk merealisasikan usaha tersebut. 

“Inisiatif ini penting sebagai batu loncatan untuk memastikan tragedi bersejarah ini diajar secara sistematik di institusi pendidikan seluruh negeri,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam masa yang sama, beliau berkata Sunduvan sedang merancang untuk menerbitkan sebuah buku khas mengenai Tragedi Double Six yang akan menghimpunkan fakta sejarah, pengalaman keluarga mangsa, serta analisis terhadap kesan politik dan sosial yang timbul akibat tragedi tersebut. 

“Buku ini diharapkan menjadi rujukan penting dalam memperkukuh pendidikan sejarah dan meningkatkan kesedaran awam.”

Advertisement
Sunduvan juga menjemput orang ramai di seluruh Sabah untuk bersama-sama menghadiri Majlis Peringatan Tragedi Double Six yang akan diadakan pada 6 Jun ini (Jumaat), jam 9 pagi, di Taman Peringatan Double Six, Sembulan. Sebagai tanda penghormatan, hadirin digalakkan untuk memakai pakaian berwarna hitam.

“Kami percaya bahawa mengenang dan mempelajari sejarah adalah tanggungjawab bersama. 

Advertisement
“Dengan memasukkan peristiwa Double Six dalam silibus pelajaran sejarah, kita memastikan generasi akan datang tidak lupa akan sejarah negeri ini dan dapat mengambil pengajaran daripadanya,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak agar terus menyokong usaha ini demi memastikan sejarah penting ini diangkat setaraf dengan peristiwa lain yang diajar dalam sistem pendidikan negara.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here