SEMPENA sambutan Pesta Kaamatan tahun ini Petronas mempersembahkan sebuah filem pendek berjudul Tinorindak Olisi.
Membawa maksud mahkota teristimewa filem berkenaan berteraskan tradisi Unduk Ngadau yang merupakan acara kemuncak dalam sambutan Kaamatan sekali gus mengupas makna mendalam tentang erti sebenar sebuah kejayaan.
Karya sentuhan pengarah terkenal Ismail Kamarul itu mengisahkan erti kejayaan yang tidak hanya diukur melalui gelaran namun sebaliknya kasih sayang, kebanggaan terhadap budaya serta kecekalan jiwa.
Berlatarbelakangkan landskap budaya dan kekayaan warisan tradisi negeri Sabah Tinorindak Olisi mengetengahkan bahasa Dusun sebagai bahasa pengantar utama di samping dialek-dialek tempatan Sabah lainnya.
Advertisement





