Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Aidiladha:180 KIR terima sumbangan daging di Telupid
Published on: Friday, June 06, 2025
Published on: Fri, Jun 06, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Aidiladha:180 KIR terima sumbangan daging di Telupid
JONNYBONE (tengah) dan Samsul (kiri) menyampaikan sumbangan daging kepada penerima.
TELUPID: Seramai 180 ketua isi rumah (KIR) di daerah ini yang berdaftar di bawah sistem eKasih sebagai miskin dan miskin tegar menerima sumbangan daging sempena program Ziarah Kasih Ihsan Aidiladha yang diadakan di perkarangan Masjid Jamek Yusuf Al-Qardhawi, di sini, pada Rabu

Program itu dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) serta dilaksanakan di bawah Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Madani (IKRaM).

Advertisement
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telupid merangkap Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri II Datuk Jonnybone J Kurum berkata inisiatif itu selari dengan dasar baharu kerajaan untuk meringankan beban golongan miskin dan menggalakkan kerjasama masyarakat sivil dalam membantu mereka, sejajar dengan nilai-nilai Malaysia Madani.

“Kerajaan Madani mensasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan program itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, isi rumah miskin tegar ialah mereka yang dikategorikan sebagai miskin dengan purata pendapatan per kapita di bawah RM288 iaitu tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas makanan.

Jonnybone dimaklumkan bahawa hanya tinggal 11 isi rumah miskin tegar di daerah itu.

Advertisement
“Angka ini tidak menghairankan memandangkan ekonomi dan mata pencarian penduduk tempatan banyak bergantung kepada pertanian sara diri.

“Bagaimanapun, masih ada penduduk yang memerlukan sokongan untuk keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata pelbagai inisiatif bantuan diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Program Sentuhan Kasih Rakyat, bantuan perumahan SSMJ, baik pulih rumah, program Sejati Madani dan program peningkatan pendapatan.

Mengenai usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu, Jonnybone memuji penganjur kerana berjaya menceriakan penerima bantuan dan menggalakkan lebih banyak badan korporat membantu golongan memerlukan. Mengenai pembangunan Telupid, beliau berkata satu pekan baharu dicadangkan untuk dibangunkan di kawasan seluas lebih 500 ekar berhampiran tapak Lebuhraya Pan Borneo WP31, yang akan menampilkan bandar hijau, hab eko-pelancongan dan tarikan awam.

Perbincangan dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan, termasuk mengenai tanah rizab hutan, telah diadakan dan cadangan itu akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri.

Sementara itu, Pengarah PPN Sabah Samsul Dollah berkata program tanggungjawab sosial itu dilaksanakan oleh ICU JPM sejak 2018 untuk membantu kumpulan sasar yang berdaftar dengan eKasih.

Katanya, inisiatif itu turut menggalakkan penyertaan agensi korporat, NGO dan individu sebagai rakan strategik dalam memupuk budaya saling membantu.

“Program ini bertujuan untuk meringankan beban KIR sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba,” katanya.

Samsul menambah bantuan pendidikan juga disediakan kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran, selain pelbagai bentuk bantuan lain untuk kumpulan yang layak.

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang terlibat dalam program di Telupid itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here