Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Hajiji serah 200 lembu korban sempena Aidiladha
Published on: Friday, June 06, 2025
Published on: Fri, Jun 06, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Hajiji serah 200 lembu korban sempena Aidiladha
HAJIJI dan jemputan lain meninjau lembu-lembu korban yang diserahkan kepada penerima.
Tuaran: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada Khamis menyerahkan sebanyak 200 ekor lembu korban sempena sambutan Aidiladha yang bakal diraikan esok (Sabtu), kepada wakil masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Tuaran.

Sumbangan lembu korban itu turut diberikan kepada kepada wakil jabatan serta agensi Persekutuan dan negeri, selain pertubuhan badan bukan kerajaan.

Advertisement
Majlis penyerahan berkenaan berlangsung di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah Sabah di Kampung Lok Batik, di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Hajiji berkata ibadah korban bukan sahaja melambangkan ketaatan kepada Allah SWT, malah menjadi medium memperkukuh semangat perpaduan, kesatuan dan budaya saling membantu dalam kalangan masyarakat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Aidiladha bukan sekadar perayaan, ia satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian.

“Kita berharap sumbangan ini bukan sahaja membolehkan ibadah korban dilaksanakan, malah dapat memeriahkan sambutan Aidiladha di kawasan masing-masing, di samping memastikan daging korban diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Tuaran Mohd Hailmi Misbah berkata pihaknya menggerakkan seramai 42 petugas bagi membantu proses penyerahan lembu korban, khususnya ke masjid dan surau yang terlibat, bermula Selasa lepas.

“Pelaksanaan ibadah korban akan dilakukan oleh ahli jawatan kuasa masjid dan surau masing-masing. Kita hanya menyerahkan sumbangan, manakala proses penyembelihan dan pengagihan daging korban akan dilaksanakan oleh pihak masjid dan surau terbabit,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here