Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
23 lembu korban untuk Aidiladha
Published on: Saturday, June 07, 2025
Published on: Sat, Jun 07, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
23 lembu korban untuk Aidiladha
NIZAM menyampaikan sumbangan lembu korban kepada Jasmin di IPD Tawau.
TAWAU: Adun Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengagihkan 23 ekor lembu korban kepada lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM), agensi keselamatan, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa persatuan di daerah ini, pada Jumaat.

Menurutnya, sumbangan itu diagihkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bagi mengeratkan lagi jalinan persaudaraan dengan antara pemimpin dengan masyarakat serta pasukan keselamatan.

Advertisement
“Pelaksanaan ibadah korban bukan sahaja mengukuhkan keimanan, tetapi mampu mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi, selain memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami kepentingan berkorban.

“Ibadah korban membawa mesej besar dalam mengukuhkan lagi semangat kesatuan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat Islam, malah Hari Raya Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu penghayatan terhadap nilai pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagi yang tidak dapat mengerjakan haji, ibadah korban adalah satu amalan yang sangat digalakkan bagi mereka yang berkemampuan,” katanya selepas penyerahan sumbangan lembu korban di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Jumaat.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin.

Advertisement
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu menggesa rakyat agar menghargai nikmat keamanan yang dikecapi negara sehingga membolehkan masyarakat meraikan sambutan keagamaan dengan aman damai.

“Kita bertanggungjawab menjaga nikmat yang kita ada. 

Advertisement
“Semoga dengan program seperti ini, kita terus mengekalkan keamanan yang dinikmati hingga ke generasi akan datang,” katanya.

Pada majlis itu, Nizam diiringi isterinya, Datin Wahida Mardiana Norsalim mengagihkan lembu korban tersebut kepada penerima.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here