Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
GRS sedia hadapi PRN17: Hajiji
Published on: Sunday, June 08, 2025
Published on: Sun, Jun 08, 2025
Text Size:
Text:
GRS sedia hadapi PRN17: Hajiji
HAJIJI (tengah) secara simbolik menyerahkan seekor lembu korban semasa Program Qurban Aidiladha di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran pada Sabtu.
Tuaran: Jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, kata Pengerusinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata bagi mempersiapkan jentera menghadapi PRN itu, GRS telah menganjurkan beberapa siri kursus di setiap kawasan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai usaha memantapkan gerak kerja di peringkat akar umbi.

Advertisement
“Apa yang jelas, GRS sudah bersedia. Kita telah menubuhkan jentera pilihan raya dan mengadakan beberapa siri kursus untuk menghadapi pilihan raya.

“Bagaimanapun, soal pembahagian kerusi masih belum dibincangkan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan ibadah korban peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, di sini, Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 Nov ini, selepas penggal tersebut bermula pada persidangan pertama dan pembukaan rasmi DUN Sabah yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12 Nov 2020, selepas PRN Sabah Ke-16.

Pembubaran itu bakal membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17 diadakan.

Advertisement
Mengulas mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada PRN akan datang, Hajiji berkata GRS bersikap terbuka untuk berbincang dengan pimpinan parti berkenaan.

“Kali terakhir saya bertemu Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) adalah sebelum bulan puasa. Ada beberapa perkara politik yang dibincangkan, namun setakat ini belum ada perbincangan lanjut mengenai kerjasama dan sebagainya.

Advertisement
“Tiada masalah untuk kita berjumpa. Saya amat menghormati semua rakan-rakan, terutama Pengerusi BN. Kita amat terbuka dalam hal ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, sebagai Pengerusi GRS, segala perkara melibatkan parti, termasuk kerjasama menghadapi PRN Sabah Ke-17, perlu dibincangkan terlebih dahulu bersama Ahli Majlis Tertinggi GRS sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. 

Menyentuh mengenai Hari Raya Aidiladha, Hajiji berharap peristiwa ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, untuk menghayati nilai kerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri.

“Ibadah korban semasa Aidiladha bukan hanya tentang ternakan, ia tentang kesanggupan untuk bertolak ansur, bekerjasama dan membuat pengorbanan untuk kebaikan lebih besar dalam hidup kita.

“Ini bermakna kita mesti mengutamakan perpaduan dan masa depan masyarakat berbilang kaum kita di Sabah,” katanya. 

Dalam majlis simbolik Qurban itu, Hajiji turut disertai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai yang juga Adun Kiulu, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Adun Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya.

Mereka bersama-sama menyerahkan seekor lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran Supt Noraidin Ag Maidin. 

Terdahulu, Hajiji menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Haji Noor di Kampung Serusop, disertai kira-kira 1,000 jemaah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here