Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Sri Gaya, di sini, Khamis.
Menteri diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab, bersama beberapa pegawai kanan kementerian.
Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri turut diberi taklimat mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kesihatan Sabah Kali Kedua 2025 yang diadakan pada hari sama.
Pelbagai isu berkaitan kesihatan di negeri ini turut dibincangkan, termasuk kemudahan dan perkhidmatan kesihatan, selain lawatan kerja Menteri Kesihatan ke Hospital Queen Elizabeth II pada sebelah petang dan Hospital Papar hari ini (Jumaat).