Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Permohonan tanah: SPRM tahan penjawat awam, pesara
Published on: Wednesday, June 18, 2025
Published on: Wed, Jun 18, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Permohonan tanah: SPRM tahan penjawat awam, pesara
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah di sini antara 10 hingga 11 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan.
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Selasa menahan dua individu, masing-masing penjawat awam dan pesara kerajaan, disyaki terlibat dalam kes rasuah membabitkan wang berjumlah RM66,000 bagi urusan permohonan dan bancian tanah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu, ditahan di pejabat SPRM Sabah di sini antara 10 hingga 11 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan.

Advertisement
Kedua-dua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah pada tahun 2016, walaupun mereka tidak mempunyai kuasa untuk memproses permohonan atau melakukan bancian lot tanah.

“Siasatan mendapati suspek pertama menerima suapan berjumlah RM54,000 manakala suspek kedua menerima RM12,000 daripada beberapa individu untuk memproses permohonan dan melakukan bancian lot tanah di bawah skim tanah kerajaan negeri,” menurut sumber itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek dijangka akan didakwa dalam tempoh terdekat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here