Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bomoh bebas tuduhan rogol pelajar universiti
Published on: Saturday, June 21, 2025
Published on: Sat, Jun 21, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Bomoh bebas tuduhan rogol pelajar universiti
RONIE (kanan) bersama peguamnya Azhier selepas prosiding.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai bomoh dibebaskan daripada dua pertuduhan merogol seorang pelajar universiti tanpa perlu membela diri.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Ibrahim melepaskan dan membebaskan Ronie Apolinario, 55, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Advertisement
Dalam keputusannya, mahkamah menyatakan bahawa mahkamah telah meneliti sepenuhnya semua keterangan dan hujahan sebelum memutuskan pihak pendakwaan tidak membuktikan elemen penting bagi kedua-dua pertuduhan.

“Setelah membaca dan meneliti hujahan bertulis kedua-dua pihak dalam lampiran 43, 46, dan 47 serta penilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan unsur-unsur bagi kesalahan dalam pertuduhan pertama dan kedua. Oleh itu, kes prima facie tidak dapat dibuktikan,” kata Marlina.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan pertama, Ronie dituduh merogol pelajar perempuan berusia 19 tahun itu antara jam 11 pagi hingga 1 tengah hari pada 17 Jun 2021 di sebuah bilik sewa di Lorong Kelapa Bersaudara, Kolombong, Inanam, dekat sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa sama antara jam 1.15 petang hingga 3 petang pada 3 September 2022 di sebuah bilik rumah tumpangan di Kg Air, di sini.

Advertisement
Dia dituduh di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memanggil empat saksi sepanjang perbicaraan yang bermula pada Oktober 2024 dan berakhir pada 9 Disember 2024.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya DK Afiqah Alya mengendalikan pendakwaan manakala peguam Azhier Farhan Arisin mewakili Ronie.

Menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa, dia dibawa bertemu tertuduh oleh ibunya untuk menjalani rawatan tradisional yang kononnya bertujuan membuang gangguan rohaniah atau “saka” yang diwarisi daripada neneknya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here