Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kami akan bersihkan nama: Yusof, Andi
Published on: Tuesday, July 01, 2025
Published on: Tue, Jul 01, 2025
Text Size:
Text:
Kami akan bersihkan nama: Yusof, Andi
“Saya yakin proses ini akan berjalan secara telus dan adil. Bersama Datuk Dr Yusof Yacob (kiri), kami akan buktikan kami tidak bersalah. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar,” kata Andi (kanan).
Kota Kinabalu: Dua Adun Sabah yang didakwa atas tuduhan rasuah berkaitan skandal pelesenan perlombongan pada Isnin, berkata mereka akan memberi kerjasama penuh sepanjang proses undang-undang untuk membersihkan nama mereka.

Dalam kenyataan bersama, mereka menegaskan pendirian bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Advertisement
Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah, berkata beliau akan melawan tuduhan itu di mahkamah.

“Saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak bersalah dalam kes rasuah ini. Kami mungkin telah dimalukan oleh media, namun melalui proses ini, kami akan membersihkan nama kami di mahkamah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem keadilan negara,” katanya.

Sementara itu, Adun Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, beliau menyerahkan kepada Kerajaan Sabah untuk menentukan masa depannya dalam pentadbiran negeri.

Advertisement
Andi, yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, menjawab pertanyaan sama ada beliau akan bercuti daripada jawatan susulan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM150,000.

“Kami percaya kami dapat membersihkan nama kami melalui proses mahkamah.

Advertisement
“Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak bersalah. Saya akan melalui semua prosedur mahkamah dengan mematuhi kedaulatan undang-undang.

“Saya yakin proses ini akan berjalan secara telus dan adil. Bersama Datuk Dr Yusof Yacob, kami akan buktikan kami tidak bersalah. Insya-Allah semuanya akan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Andi turut memaklumkan beliau akan terus menjalankan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here