Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Isu Ambalat: Semangat MA63 harus dihormati
Published on: Monday, July 07, 2025
Published on: Mon, Jul 07, 2025
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Isu Ambalat: Semangat MA63 harus dihormati
Michel berkata sebarang pencabulan hak Sabah dalam konteks isu Ambalat disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap semangat pembentukan Malaysia itu sendiri.
Kota Kinabalu: Semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus dihormati sepenuhnya dalam isu Ambalat kata Presiden Parti Impian Sabah (Pis) Michel Alok. 

Beliau berkata sebarang pencabulan hak Sabah dalam konteks isu Ambalat disifatkan sebagai satu pengkhianatan terhadap semangat pembentukan Malaysia itu sendiri.

Advertisement
"Sabah bukan pelengkap angka semata-mata tetapi rakan kongsi yang sah dan setaraf dalam Persekutuan Malaysia. 

“Jadi Pis ingin menyatakan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi berkaitan kawasan Ambalat yang berada dalam lingkungan perairan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk keputusan, rundingan, penerokaan atau pembangunan yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Persekutuan tanpa penglibatan, persetujuan dan pengetahuan rasmi Kerajaan Sabah," katanya. 

Tegas beliau sebarang kerjasama dua hala, perjanjian pembangunan, pelaburan sumber asli atau melibatkan kawasan Ambalat wajib terlebih dahulu dirundingkan secara rasmi dengan Kerajaan Sabah.

Advertisement
"Kami bukan menolak pembangunan atau kerjasama. Sebaliknya kami menyambut baik sebarang rancangan yang membawa manfaat kepada rakyat Sabah.

"Tetapi tiada pihak berhak bertindak sewenang-wenangnya atau mengambil keputusan secara unilateral terhadap tanah air dan perairan milik rakyat Sabah. Pis sendiri akan berdiri teguh mempertahankan hak Sabah kerana Ambalat adalah amanah rakyat di negeri ini," katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here