Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bantuan tunai sekali-bayar bagi 643 peniaga tepi jalan
Published on: Wednesday, July 09, 2025
Published on: Wed, Jul 09, 2025
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Bantuan tunai sekali-bayar bagi 643 peniaga tepi jalan
Menurut Isnin, Kementerian Kewangan Negeri menyalurkan peruntukan berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berdasarkan jumlah penerima layak di kawasan masing-masing.
Kota Kinabalu: Seramai 643 peniaga tepi jalan berlesen di seluruh Sabah dikenal pasti layak menerima bantuan tunai khas sekali-bayar sebanyak RM5,000 setiap seorang, membabitkan jumlah RM3.215 juta setakat April tahun ini.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasneh, berkata inisiatif itu bertujuan menyokong kelangsungan perniagaan kecil, berdasarkan kriteria yang diluluskan oleh Jemaah Menteri Negeri dalam mesyuarat pada 19 Mac lalu.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Dilantik, Datuk Amisah Yassin, yang meminta penjelasan mengenai agihan bantuan tersebut, termasuk di daerah Ranau.

Menurut Isnin, Kementerian Kewangan Negeri menyalurkan peruntukan berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berdasarkan jumlah penerima layak di kawasan masing-masing.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, dana sekali-bayar itu akan disalurkan terus kepada peniaga kecil berlesen yang layak menerima bantuan.

“Bantuan RM5,000 secara sekali-bayar ini menyasarkan peniaga kecil berlesen yang berniaga di tepi jalan di seluruh negeri bagi membantu mereka meneruskan perniagaan,” katanya.

Advertisement
Menjawab soalan tambahan daripada Amisah, Isnin memaklumkan bahawa peniaga wanita juga boleh memohon bantuan ini dengan syarat mereka mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, termasuk Majlis Daerah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here