Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
74 pelajar cemerlang STPM diraikan
Published on: Saturday, July 12, 2025
Published on: Sat, Jul 12, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
74 pelajar cemerlang STPM diraikan
ARIFFIN (ketiga kiri) menyampaikan honorarium kepada salah seorang pelajar cemerlang STPM di majlis itu.
Kota Kinabalu: Seramai 74 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari Zon Pantai Barat Selatan, Utara dan Pedalaman diraikan di Majlis Penyampaian Honorarium Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), di sini, pada Jumaat.

Seramai 73 pelajar masing-masing menerima RM1,000, sementara seorang pelajar cemerlang peringkat kebangsaan dari SMK Kota Klias, Beaufort menerima RM3,000, kesemuanya membabitkan peruntukan TPNS kira-kira RM76,000.

Advertisement
Semuanya disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi TPNS, Datuk Dr Ariffin Arif di Dewan Saadah, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis).

Ariffin, yang juga Exco Pendidikan, berkata seramai 22 pelajar cemerlang peperiksaan Malaysian University English Test (Muet) 2024 turut diraikan, masing-masing menerima RM1,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, bantuan sama juga diberikan kepada seramai 20 individu yang bakal melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara bagi peringkat Ijazah Kedoktoran (Phd).

“Semua pengiktirafan dan bantuan TPNS ini dikelola di bawah Pejabat Tugas-Tugas Khas, termasuk 14 inisiatif pendidikan yang dilancarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebelum ini,” katanya, Jumaat.

Advertisement
Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah merangkap Timbalan Pengerusi TPNS, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin dan Pegawai Eksekutif Muis, Datuk Ramlan Ag Ali.

Dalam pada itu, Ariffin berkata, selari dengan keperluan pendidikan, satu lagi inisiatif baharu iaitu Bantuan Yuran Peperiksaan Muet (Bayu) turut dilancarkan baru-baru ini.

Advertisement
Katanya, hampir RM1 juta diperuntukkan kerajaan negeri di bawah inisiatif itu bagi membantu 8,000 penerima dari golongan B40 yang bakal mengambil peperiksaan Muet.

“Kerajaan akan menanggung sepenuhnya yuran Muet sebanyak RM150 seorang, yang perlu dibayar bagi kemasukan ke program ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Selain itu, lebih RM13 juta telah dibelanjakan di bawah TPNS bagi membantu kira-kira 10,000 pelajar setakat ini dan kita menyasarkan sebanyak RM74 juta untuk pembiayaan 14 inisiatif pendidikan tahun ini.

“Usaha murni ini adalah tanda keprihatinan Ketua Menteri terhadap kebajikan anak-anak Sabah bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada peluang pendidikan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here