Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ambil maklum keadaan padang Kampung Tamalang Along
Published on: Wednesday, July 16, 2025
Published on: Wed, Jul 16, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Ambil maklum keadaan padang Kampung Tamalang Along
RUSLAN (empat dari kanan) bersama agensi teknikal meninjau padang bola sepak Kampung Tamalang Along.
BEAUFORT: Rungutan penduduk Kampung Tamalang Along mengenai keadaan padang bola sepak yang didakwa tidak menepati standard mendapat perhatian serius wakil rakyat Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Ruslan berkata pihaknya telah meninjau sendiri keadaan padang berkenaan pada 10 Jun lalu bersama agensi-agensi kerajaan terlibat selain bertemu dengan penduduk setempat.

Advertisement
“Saya ambil maklum aduan ini khususnya jenis rumput yang digunakan dan permukaan padang yang tidak rata serta tidak sesuai untuk permainan bola sepak.

“Isu ini bukan hanya ditinjau secara fizikal malah saya telah berbincang terus dengan penduduk kampung dan pada masa sama mengambil perhatian serius aduan ini,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ruslan berkata beliau telah mengarahkan agensi teknikal untuk meneliti semula spesifikasi, mutu kerja dan pelaksanaan projek itu bagi memastikan ia menepati piawaian ditetapkan.

“Kita tiada berkompromi kerana dana disalurkan di bawah peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi projek terbabit untuk kemudahan rakyat.

Advertisement
“Saya mementingkan kualiti. Walaupun mahu projek disiapkan dengan cepat namun itu bukan alasan untuk pihak kontraktor mengurangkan kualiti kerja mereka.

“Kita komited memastikan setiap projek pembangunan benar-benar menepati keperluan rakyat di peringkat akar umbi,” tegasnya.

Advertisement
Ruslan turut menegaskan komitmennya untuk memantau isu berkenaan daripada semasa ke semasa dan tidak menolak kemungkinan tindakan lanjut akan diambil jika padang itu perlu dibaiki semula.

Beliau berharap agar kemudahan sukan itu kelak dapat memberi manfaat kepada penduduk khususnya golongan muda di kawasan berkenaan untuk sebarang aktiviti sukan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here