Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Maritim tahan vesel, 5 nelayan Vietnam di Kudat
Published on: Wednesday, July 23, 2025
Published on: Wed, Jul 23, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Maritim tahan vesel, 5 nelayan Vietnam di Kudat
Empat nelayan Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia.
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah vesel bersama lima individu dipercayai nelayan asing Vietnam di perairan Pulau Malawali, dekat sini, awal pagi Isnin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, vesel berkenaan dikesan kira-kira jam 4 pagi di lokasi sekitar 1.22 batu nautika tenggara Tanjung Bukit, Pulau Malawali hasil maklumat orang awam.

Advertisement
Beliau berkata, aset ronda Zon Maritim Kudat, iaitu Bot Cenderawasih 10 yang sedang menjalankan operasi rondaan, segera digerakkan ke lokasi sebaik menerima aduan berkenaan.

“Semasa cuba dihampiri, suspek bertindak memotong tali tunda serta membiarkan tali terjuntai panjang di bahagian belakang vesel, selain memasang palang besi di bahagian kiri dan kanan vesel kerana enggan memberikan kerjasama walaupun telah diarahkan berhenti.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Suspek juga bertindak melulu dengan cuba merempuh bot ronda Maritim Malaysia yang menghampiri mereka, namun tindakan itu gagal apabila berlaku adegan kejar-mengejar selama hampir 15 minit sebelum anggota Maritim berjaya melompat ke atas vesel berkenaan untuk menghentikannya,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Hasil pemeriksaan ke atas vesel mendapati ia disyaki melakukan aktiviti menunda dan menangkap balat, berdasarkan penemuan peralatan khas diperbuat daripada besi padu yang direka khusus bagi tujuan berkenaan.

Advertisement
Menurut Hasbullah, pemeriksaan lanjut turut menemui kira-kira 40 kilogram hasil laut jenis balat serta 300 liter minyak diesel yang dibawa oleh vesel terbabit.

Katanya, lima individu warga Vietnam berumur antara 28 hingga 39 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Advertisement
Semua tangkapan termasuk vesel serta hasil laut diiring masuk ke jeti Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63.

Nilai keseluruhan rampasan, termasuk vesel serta peralatan yang digunakan, dianggarkan melebihi RM2 juta.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here