Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
JPJ tambah 650 slot penerima MyLesen
Published on: Monday, August 04, 2025
Published on: Mon, Aug 04, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
JPJ tambah 650 slot penerima MyLesen
Menurut Aedy bagi fasa baharu setiap negeri akan menerima tambahan sebanyak 650 tempat.
PENAMPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melanjutkan Program MyLesen B2 ke fasa kedua dengan Sabah menerima tambahan 650 slot bagi baki tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Aedy Fadly Ramli berkata program tersebut yang bertujuan memberikan lesen motosikal kelas B2 secara percuma kepada pelajar dan belia kurang berkemampuan akan berlangsung bermula Ogos sehingga Oktober atau November hadapan.

Advertisement
“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meringankan beban golongan sasar khususnya pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi daripada keluarga B40,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan lesen MyLesen B2 2025 di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) pada Sabtu.

Inisiatif yang bermula pada Februari 2025 dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Politeknik Kota Kinabalu melibatkan 1,200 peserta dalam fasa pertama. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menerusi jumlah itu seramai 500 peserta menerima lesen mereka pada majlis Sabtu lalu.

Secara keseluruhannya program terbabit menawarkan 15,000 slot di seluruh negara dengan Sabah diperuntukkan 1,200 slot dalam fasa pertama.

Advertisement
Menurut Aedy bagi fasa baharu setiap negeri akan menerima tambahan sebanyak 650 tempat.

Dalam pada itu beliau turut mengingatkan pemegang lesen baharu supaya mematuhi undang-undang jalan raya, mengamalkan pemanduan selamat dan menggunakan lesen tersebut dengan penuh tanggungjawab.

Advertisement
“Kemudahan yang diberikan ini merupakan satu amanah yang mesti dihormati. Mereka yang melanggar undang-undang berisiko dibatalkan lesen,” katanya.

Dalam sidang media sama Aedy mendedahkan bahawa JPJ telah menyita 53 kereta mewah dalam operasi selama tiga hari Ops Luxury 2.0 yang dijalankan di Lembah Klang.

“Operasi ini menyasarkan kenderaan mewah yang melanggar peraturan jalan raya. Sebanyak 53 kenderaan yang disita didapati tidak mempunyai insurans atau cukai jalan yang sah,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap semua pesalah termasuk pemilik kereta mewah.

“Kami mengingatkan semua pemilik kenderaan supaya tidak memandang ringan soal insurans dan cukai jalan. Kereta mewah juga tidak terkecuali daripada undang-undang,” katanya.

Tambahnya lagi kenderaan yang disita hanya akan dilepaskan selepas pemiliknya menyelesaikan segala isu yang tertunggak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Program MyLesen B2
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here