Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Beri kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa: Hajiji
Published on: Monday, August 11, 2025
Published on: Mon, Aug 11, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Beri kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa: Hajiji
“Jadi, kita jangan buat andaian dan beri kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan nanti akan diumumkan apa hasil siasatan jika selesai,” kata Hajiji.
Tuaran: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menasihatkan orang ramai agar memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

Beliau berkata kerajaan negeri amat bersimpati dengan situasi itu dan memohon orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau membuat pelbagai andaian.

Advertisement
“Kita tunggu proses undang-undang berjalan sebaik mungkin dan selepas itu kita akan tahu apa punca kejadian. Sekarang ini, bermacam-macam sudah andaian yang saya dapati tidak betul.

“Jadi, kita jangan buat andaian dan beri kepercayaan kepada pihak polis untuk menyiasat dan nanti akan diumumkan apa hasil siasatan jika selesai,” katanya pada Majlis Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2025 di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali kubur Zara Qairina di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang dan selesai pada jam 7.15 malam, Sabtu.

Advertisement
Jenazah Zara Qairina dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan berkenaan menggunakan trak polis sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat pada Ahad.

Pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama dan ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang pada jam 4 pagi, 16 Julai lalu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here