Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sebab GRS harus kerjasama dengan PH: Hajiji
Published on: Wednesday, August 13, 2025
Published on: Wed, Aug 13, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Sebab GRS harus kerjasama dengan PH: Hajiji
HAJIJI mengendalikan jengkaut sebagai gimik majlis pecah tanah pekan baharu Paginatan.
RANAU: Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Majlis Tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri akan datang kerana sejarah membuktikan sebuah kerajaan negeri tidak boleh tanpa hubungan kukuh dengan Kerajaan Persekutuan.

“Kita mahu hubungan erat dengan Kerajaan Persekutuan. Kita mahu kestabilan dan berharap rakyat memahami bahawa kita melakukan yang terbaik untuk mereka.

Advertisement
“Untuk membawa kemakmuran kepada mereka,” katanya pada majlis pecah tanah pekan baharu Paginatan di Dewan Terbuka Memorial Nunuk Ragang, Selasa.

Beliau merujuk kepada tempoh hampir sembilan tahun apabila Kerajaan Negeri dikuasai pembangkang yang menyebabkan pelabur dan pelancong menjauhkan diri, kemudahan asas seperti air dan elektrik tidak ditambah baik, hasil negeri merosot ke paras terendah, selain kemasukan besar-besaran pendatang tanpa izin dari negara jiran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS itu berkata, rekod pentadbiran GRS-PH dalam membawa kemajuan kepada Sabah sudah terbukti.

“Kita ada lebih 400 inisiatif di bawah agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dan kira-kira 94 peratus daripadanya sudah dilaksanakan,” katanya.

Advertisement
Menurutnya, ini bercanggah dengan dakwaan pembangkang, yang cuba mengaburi mata rakyat. 

Hajiji berkata, kerajaan GRS-PH meluluskan pelbagai program bantuan untuk pembangunan pendidikan negeri dan kesejahteraan rakyat yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri sebelum ini.

Advertisement
“Tahun ini sahaja kita menyalurkan bantuan bulanan RM300 kepada hampir 100,000 golongan miskin tegar, dan inisiatif ini akan diteruskan jika rakyat mengembalikan mandat kepada GRS-PH pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri GRS-PH juga berjaya meningkatkan penglibatan dalam sektor minyak dan gas menerusi pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas pada 2021.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) komited meneruskan agenda menangani kemiskinan bandar dan luar bandar menerusi program pembangunan pekan baharu.

Katanya, projek Pekan Baru Paginatan yang dinanti-nantikan dijangka memacu ekonomi tempatan sejajar dengan pelan pembangunan SMJ yang menekankan kebajikan rakyat dan peningkatan kualiti hidup.

Pekan baharu seluas 200 ekar itu, terletak 43km dari sini, akan dibangunkan dalam lima fasa merangkumi pembinaan pelbagai kemudahan penting termasuk pejabat kerajaan, kedai, perumahan kos rendah, dewan serbaguna, perpustakaan, pusat kesihatan, pasar, balai polis dan balai bomba.

“Apabila siap, penduduk Paginatan tidak lagi perlu ke Ranau atau Telupid untuk berurusan dengan jabatan kerajaan,” katanya.

Hajiji juga memberi jaminan isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir akan diselesaikan.

Abidin, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, berterima kasih kepada Hajiji kerana memberi lampu hijau untuk projek pekan baharu itu dan menggesa rakyat meneruskan sokongan kepada kerajaan GRS pada pilihan raya akan datang.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Pengerusi LPPB Datuk Masiung Banah, Adun Dilantik Datuk Amisah Yassin, Pengurus Besar LPPB Datuk Rosemary Ahping, Pegawai Daerah Ranau Tinus Manggam, Ketua Polis Daerah Ranau Supt Mursalin Mahmud dan lain-lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here