Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pada Rabu.
Hajiji tiba pada jam 10.08 pagi disusuli keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.
Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan menteri-menteri kabinet negeri.
Pada majlis sama, Musa bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis dan kemudiannya memotong kek ulang tahun kelahiran.