Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


Perpaduan dan keharmonian jadi kunci: KM
Published on: Thursday, February 01, 2024
Text Size:

Perpaduan dan keharmonian jadi kunci: KM
HAJIJI (empat kanan) serta yang lainnya pada festival tersebut.
KEHARMONIAN dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah menjadi kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Beliau berkata, rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini saling hormat menghormati dan meraikan setiap perayaan dan kebudayaan bersama.

Beliau mengambil contoh, Tahun Baru Cina (CNY) yang di Sabah bukan hanya disambut oleh masyarakat Tionghua, tetapi juga oleh kaum lain. 

“Inilah keunikan di Sabah kerana rakyat daripada pelbagai suku kaum dan budaya dapat bersama-sama menyambut sesuatu perayaan dengan penuh harmoni dan meriah.

“Keharmonian dan persefahaman ini telah kita warisi dari nenek moyang dan ianya hendaklah terus dipertahankan dan diwarisi oleh generasi muda,” katanya ketika merasmikan Tuaran 2024 Dragon, Unicorns & Lions Dance Festival di Padang Dataran Tuaran, pada 21 Januari. 

Hajiji, yang juga Adun Sulaman, berkata kepelbagaian ini juga membolehkan rakyat pelbagai kaum di negeri ini hidup aman dan harmoni.

“Kita di Sabah boleh menjadi contoh dan ikutan kepada negeri-negeri lain di Malaysia dari sudut persefahaman dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan budaya,” tegasnya.

Katanya Kerajaan Negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) komited dalam memajukan negeri ini dan rakyatnya tanpa mengambil kira bangsa atau agama.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar akan menganjurkan perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini bagi menyemarakkan lagi suasana.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang juga Adun Kiulu, Adun Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya, Presiden Kelab Lions Tuaran, Kapten Frankie Goh dan pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here