Sun, 19 May 2024

HEADLINES :


‘Skuad B-23 Sabah FC mampu pamer aksi terbaik’
Published on: Sunday, May 05, 2024
By: GL Oh
Text Size:

‘Skuad B-23 Sabah FC mampu pamer aksi terbaik’
ROZAIMI beraksi semasa perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun Sabah FC, Johnny Dominicus yakin pemain-pemainnnya mampu mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan pembukaan musim Piala MFL menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada 20 Mei ini.

Beliau berkata ini berdasarkan prestasi memberangsangkan pasukan itu dalam beberapa siri perlawanan persahabatan yang diadakan di sini baru-baru ini.

“Perlawanan persahabatan memberi peluang terbaik untuk kami menyediakan pasukan berkualiti sebelum bermulanya musim Liga MFL untuk pasukan bawah 23 tahun pada 20 Mei ini.

“Keputusan positif dalam perlawanan ini juga penting untuk mempersiapkan mereka dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi musim sukar akan datang.

“Semua pemain kini digesa untuk mengekalkan momentum dan mereka mesti kekal fokus menjelang perlawanan JDT II.

“Saya percaya keputusan positif pada perlawanan pertama adalah sangat penting, kerana ia pastinya akan memberikan suntikan semangat kepada pasukan untuk perlawanan seterusnya,” katanya pada Sabtu.

Sementara itu, pihak pengurusan sebelum ini meletakkan sasaran lima teratas untuk pasukan musim ini.

Skuad itu terdiri daripada 24 pemain termasuk bekas pemain antarabangsa Rozaimi Rahman dengan Datuk Abdul Kassim Razali sebagai pengurus pasukan.

Johnny dibantu oleh Vun Kit Ming @ Billyton dan Razlan Oto dengan Rozaimie Rohim sebagai jurulatih penjaga gol.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here