Kota Kinabalu: Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk John Ambrose berkata perluasan Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) hanya ke Sabah adalah taktik untuk meningkatkan sokongan yang semakin merosot bagi Umno di Sabah.
Beliau berkata dakwaan bahawa ini disebabkan Umno Sabah dipinggirkan daripada jawatan akar umbi, adalah palsu kerana biarpun dalam pembangkang di peringkat Negeri, ramai pemimpin Umno Sabah sebenarnya menikmati jawatan dan peruntukan.
“Kenapa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Presiden Umno, mencampuri urusan Negeri?
“Alasan beliau bahawa jawatan akar umbi didominasi oleh parti komponen GRS adalah suatu pembohongan. Hajiji (Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor) amat adil. Malah Ketua Wanita Umno Sabah, seorang Senator, telah diberikan peruntukan oleh Hajiji untuk membantu rakyat, khususnya di Penampang.
Advertisement