Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Perlu rangka MA63 baharu: Jeffrey
Published on: Tuesday, September 17, 2019
Text Size:

Perlu rangka MA63 baharu: Jeffrey
JEFFREY bergambar bersama pemimpin dan penduduk pedalaman selepas upacara Batu Sumpah itu.
KENINGAU: Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) menggesa agar Perjanjian Malaysia yang baharu dirangka dan diluluskan di Parlimen kerana “MA63 sekarang telah berubah daripada bentuk asalnya dan peruntukan-peruntukan untuk Sabah dan Sarawak tidak dipenuhi”.

Berucap semasa perhimpunan Batu Sumpah di sini oleh ahli parti dan penyokong-penyokong pada Hari Malaysia (16 September), Presidennya Dr Jeffrey G. Kitingan menyeneraikan “keluhan dan kekecewaan Sabah” berikutan penggabungan pada tahun 1963.

Jeffrey, yang juga Ahli Parlimen Keningau, menyuarakan “kekecewaannya yang paling dalam” bahawa ia “jauh panggang dari api”, bahawa ia adalah “gimik penjual” atau seperti yang dinyatakan oleh rakyat Sabah, “janji terang bulan” (janji kosong, seperti yang dibuat oleh kekasih curang yang dibuat di bawah bulan purnama).

“Sabah dan Sarawak telah ... rosak dengan hadiah jawatan, kerja daripada projek mega, serta menjadi subjek kepada strategi pecah dan perintah di bawah politik federalisme yang tersembunyi dan berbahaya.

“Kami kini akhirnya membuka mata dan menyedari bahawa Malaysia yang pernah kami terima dengan penuh kebanggaan dan dengan harapan bahawa ia akan menjadi persekutuan kami bersama. Persekutuan seperti ini tidak wujud!” katanya.

“Apa yang kita ada hanyalah Malaya, Persekutuan Tanah Melayu yang diwujudkan pada 1957, yang kemudiannya ditukarkan kepada Malaysia pada 16 September 1963.”

Dr Jeffrey, yang juga Adun Tambunan, turut membantah tekanan kerajaan persekutuan di Sabah dan Sarawak untuk meraikan kemerdekaan Tanah Melayu pada setiap 31 Ogos.

Beliau berkata rakyat Sabah di mana-mana sahaja kini dengan kuatnya meninggikan suara mereka. “Selepas banyak masalah pendatang tanpa izin, tuntutan Filipina ke atas Sabah, insiden Tanduo, dasar pro-PTI kerajaan negeri yang kini mempromosikan Pas Sementara Sabah (PSS), mereka melaungkan tanpa takut Sabah adalah untuk rakyat Sabah, dan sebagai rakyat Sabah yang berjuang untuk masa depan Sabah.”

Jeffrey berkata rakyat Sabah mahukan Malaysia yang dijanjikan, salah satunya adalah status sama taraf di antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Dan sebagai rakan kongsi sama taraf, Sabah, katanya, mahu “merdeka sepanjang masa” sebagaimana yang dinyanyikan dalam lagu kebangsaan negeri ini.

“MA63 sebenarnya merupakan perjanjian antara Malaya dan Britain. Kami hanya diminta untuk menandatanganinya tanpa kuasa kerana kami masih jajahan British ketika itu pada 9 Julai 1963.”





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here