Sat, 27 Apr 2024

HEADLINES :


Azman sertai Kursus Pengendali Futsal ‘Train The Trainer’ AFC
Published on: Saturday, September 12, 2020
By: GL Oh
Text Size:

Azman sertai Kursus Pengendali Futsal ‘Train The Trainer’ AFC
Kota Kinabalu: Jurulatih futsal negeri, Azman Soaibah (gambar) akan menghadiri Kursus Pengendali Futsal ‘Train The Trainer’ yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, Kelana Jaya, Selangor dari 14 hingga 20 September,

Kursus selama seminggu itu akan dijalankan oleh ketua Jabatan Futsal dan Teknikal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Ali Targholizadeh dan dibantu oleh Pengarah Teknikal Futsal FAM Chiew Chun Yong, yang juga pengendali elit futsal AFC..

Azman dijangka melaporkan diri di Wisma FAM esok (Ahad) bersama 20 jurulatih lain dari Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Persatuan Bola Sepak Cina Malaysia, Majlis Sukan India Malaysia dan Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia.

“Ini bakal menjadi peluang besar untuk saya menambahkan pengetahuan agar saya boleh menyumbang lebih lanjut untuk kemajuan sukan ini di Sabah,” kata pegawai kanan belia dan sukan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, Jumaat.

 





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here