Kota Kinabalu: Masanya memang sudah sampai untuk menambahkan kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak menyusul persempadanan terakhir kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menambahkan bilangan kerusi DUN di satu kawasan parlimen.Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah, Jalumin Bayogoh berkata, di Sabah terdapat beberapa kawasan parlimen yang merangkumi empat kawasan DUN, antaranya Kota Belud dan Kalabakan.





