Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
SPRM tahan pegawai kanan jabatan, pesara kerajaan 
Published on: Thursday, May 19, 2022
Published on: Thu, May 19, 2022
Text Size:
Text:
SPRM tahan pegawai kanan jabatan, pesara kerajaan 
Kota Kinabalu: Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit.

Menurut sumber kedua-dua suspek dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Advertisement
Tindakan kedua-dua suspek telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri Sabah dan mereka ditahan pada jam 11 pagi Rabu ketika hadir di pejabat SPRM Sabah, kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijangka permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini. Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat berhubung kes tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here