Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Idea, Hoogendoorn tandatangani perjanjian teknologi pertanian pintar
Published on: Friday, June 10, 2022
Published on: Fri, Jun 10, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Idea, Hoogendoorn tandatangani perjanjian teknologi pertanian pintar
Ronald (tengah) bergambar bersama Zachary (dari kiri), Eva Oskam, Wierd Vonk dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Zahimi Hassan selepas menandatangani perjanjian kerjasama antara dengan Hoogendoorn Growth Management hari ini.
Kuala Lumpur: Perkembangan digital hari ini bakal memudahkan pengurusan pertanian dan sekaligus mampu untuk membantu meningkatkan hasil keluaran tanaman petani dengan lebih produktif menerusi amalan pertanian persis pintar.

Ia juga mampu meningkatkan pendapatan negara disamping mengurangkan permasalahan terutamanya aspek sekuriti makanan negara dan meningkatkan kemahiran modal insan.

Advertisement
Pengarah Urusan Idea Company Sdn Bhd, Zachary Aman berkata, faedah penggunaan teknologi pertanian pintar ini akan memberikan impak pengeluaran makanan lebih besar, meningkatkan pendapatan petani, penggunaan sumber dan input pertanian yang lebih cekap seperti air, tenaga, benih dan baja.

“Ia juga akan mengurangkan kebergantungan dan keperluan tenaga kerja dan pemahaman lebih baik tentang proses mengusahkan tanaman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Melalui penggunaan teknologi pertanian persis pintar, keperluan tanaman mampu dipenuhi pada masa yang ditetapkan dengan jumlah yang betul dan ukuran tepat. Hasilnya lebih berkualiti serta kawalan risiko lebih baik,” kata Zachary.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani perjanjian kerjasama dengan Hoogendoorn Growth Management yang disaksikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiande dan Timbalan Duta Belanda ke Malaysia, Eva Oskam hari ini.

Advertisement
Menurut Zachary lagi, dengan penggunaan teknologi persis pintar seperti Internet of Things (IoT), perkhidmatan bersambung dan sistem autonomi bakal menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi golongan petani yang mengunakan kaedah tradisional.

“Ketepatan ini membantu petani dapatkan hasil lebih banyak, dan mengurangkan masalah pertanian yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah tradisional.

Advertisement
“Kerjasama teknologi dengan syarikat Hoogendoorn Growth Management dari negara Belanda ini mengukuhkan keinginan Idea Company untuk menambah baik dan menggalakkan penggunaan alat pertanian pintar di kalangan petani bagi mengoptimum pengeluaran menggunakan teknologi terkini,” katanya.

Zachary berkata, kerjasama ini membolehkan petani Malaysia lebih bersedia mengurus mekanisme operasi penting dalam pertanian tanpa perlu membuat agakan dan mengurangkan kebolehubahan.

“Ini dicapai dengan menggunakan data dan maklumat empirikal untuk membantu petani tempatan memahami hubungan antara pembolehubah dan output.

“Aspek-aspek ini menyumbang kepada gambaran lebih besar tentang pertanian pintar dan peranan utama yang dimainkannya dalam usaha negara mencapai sekuriti makanan.,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here