Mon, 13 May 2024

HEADLINES :


Kilang serbuk halia kering bakal dibangun di Tambunan
Published on: Wednesday, August 17, 2022
Text Size:

Kilang serbuk halia kering bakal dibangun di Tambunan
Dr Jeffrey ketika melancarkan produk rintis kilang halia itu.
Kota Kinabalu: Sebuah kilang memproses serbuk halia kering akan dibangunkan di Tambunan untuk memusatkan pasaran setempat hasil penanaman halia di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata pembinaan kilang itu sudah berada di peringkat akhir perancangan yang akan diusaha sama di antara Matang Wawasan Enterprise dan Koperasi Star Bhd.

“Di samping memusatkan pasaran halia petani Sabah, kilang itu juga akan memproses, membungkus dan mempakej serbuk halia kering untuk pasaran tempatan dan luar Sabah,” katanya.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata demikian ketika melancarkan produk rintis Serbuk Halia Kering Tambunan yang dihasilkan dua entiti perniagaan tersebut, di Sokid Villa, pada Isnin.

Menurut Dr Jeffrey, pembinaan kilang tersebut merupakan antara usaha kerajaan membantu penjualan halia petani dengan harga mengikut pasaran di samping memproduksi hasil halia secara efisien.

Dr Jeffrey berharap kilang itu dapat membantu pembelian halia penanam dari beberapa daerah termasuk Tambunan, Kota Marudu, Kota Belud dan Lahad Datu. “Hasil tani halia Sabah ketika ini dihantar ke kilang pemprosesan di Semenanjung yang kemudian akan dihantar balik ke Sabah untuk pasaran.

“Tapi dengan adanya kilang pemprosesan halia di Sabah, maka kos dapat dijimatkan kerana semua kerja pemprosesan dan pembungkusan dilakukan dalam kilang di Sabah,” katanya, yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Edward Linggu, Pengarah Urusan Koperasi Star Bhd Datuk Dr Saiman Sandah, Penasihat Matang Wawasan Enterprise Datuk Dr Adalbert Kinson, perunding kesihatan produk halia Dr Norman Mohd Norawi dan wakil dari Pasaraya CKS.

Turut disampaikan dalam pelancaran itu ialah khasiat kesihatan pengambilan serbuk halia kering oleh Dr Norman.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here