Kota Kinabalu: Ketulenan anugerah Datuk di Sabah boleh disemak dengan Kerajaan Negeri Sabah dan kerajaan negeri yang bersesuaian di Malaysia untuk gelaran Datuk yang dianugerahkan oleh negeri lain, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.Safar berkata demikian kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) diketuai Presidennya Datuk Claudius Roman semasa kunjungan hormat mereka di pejabatnya baru-baru ini.
Claudius menyatakan bahawa isu ini bukanlah perkara baru kerana Datuk/Dato palsu atau bukan ahli MDNS kerap timbul dan menunjukkan lambang kereta berdaftar MDNS pada plat kenderaan mereka tanpa kebenaran MDNS.
Advertisement





