Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ewon ambil alih jawatan Presiden Upko daripada Madius
Published on: Monday, January 16, 2023
Published on: Mon, Jan 16, 2023
Text Size:
Text:
Ewon ambil alih jawatan Presiden Upko daripada Madius
MADIUS (kiri) dan Ewon dalam satu majlis di Penampang, Sabtu lepas.
PENAMPANG: Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick mengambil alih jawatan presiden parti secara sah daripada Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti.

Majlis penyerahan dan penerimaan tugas itu dilaksanakan secara online pada Persidangan Perwakilan Tritahunan Upko, di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, pada Ahad.

Advertisement
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan ucapan penggulungan secara maya kerana menghadiri majlis rasmi Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Seri Perdana Putrajaya, pada Ahad.

“Saya menzahirkan kemaafan kerana menyampaikan ucapan penggulungan ini secara langsung maya kerana menghadiri Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Persekutuan di Putrajaya yang diadakan hari ini. Pemukiman ini wajib dihadiri oleh semua Ahli Jemaah Menteri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sungguhpun demikian saya memerhati perjalanan persidangan dan maklum dengan usul-usul yang dibentangkan serta perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para perwakilan. “Semangat dan jiwa perjuangan saya sentiasa bersama-sama dengan semua rakan pimpinan dan ahli-ahli parti yang bersidang di Pusat Kebudayaan Sabah,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan.

Advertisement
Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, Pemukiman Jemaah Menteri antara lainnya membincangkan Penyelarasan Manifesto Kerajaan Perpaduan dan Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Anggota Jemaah Menteri. Beliau berkata dua perkara yang dibincangkan itu sangat berkait dengan perjuangan dan perkhidmatan Upko, termasuk perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang persidangan Upko.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Presiden Kehormat kita, Datuk Seri Madius atas konsistensi kepimpinan dan perjuangan beliau yang memastikan enam perkara utama berkaitan hak dan kepentingan Sabah dimasukkan dalam manifesto atau Tawaran Pakatan Harapan pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Advertisement
“Kini saya menggalas tanggungjawab untuk mengangkat manifesto ini ke meja pembuatan keputusan tertinggi negara kita iaitu mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan. “Saya ingin mengulangi komitmen saya bahawa saya sedang memperjuangkan penyelesaian kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam manifesto tersebut, termasuk berkaitan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para perwakilan sepanjang persidangan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here