Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Belanjawan 2023 pacu kemajuan negeri: Persatuan Pengguna
Published on: Tuesday, February 28, 2023
Published on: Tue, Feb 28, 2023
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Belanjawan 2023 pacu kemajuan negeri: Persatuan Pengguna
David berkata, kerajaan juga diharap menyediakan sebahagian peruntukan bagi menambah sumber makanan serta mengekang harga barang daripada terus meningkat. Katanya, rakyat hari ini tertekan dengan harga barangan makanan dan perkhidmatan yang terus meningkat.
Kota Kinabalu: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah optimis proses pembangunan dan kemajuan Sabah dan Sarawak mampu dipacu dengan lebih berkesan, dengan peruntukan besar RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion melalui pembentangan Belanjawan 2023.

Presidennya, David Chan berkata, pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu mampu memberi manfaat besar kepada rakyat kedua-dua negeri.

Advertisement
Menurut beliau, adalah diharapkan dengan peruntukan berkenaan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan kemajuan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Apa yang penting melalui Belanjawan 2023 adalah proses membela nasib rakyat dengan menaik taraf pelbagai kemudahan dan prasarana asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan capaian internet.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita harap peruntukan besar ini mampu melonjakkan lagi kemajuan negeri sekali gus membolehkan aktiviti ekonomi khususnya di kawasan luar bandar menjadi lebih rancak,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan peruntukan yang akan digunakan bagi membangunkan bandar-bandar bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia seperti Kalabakan di Sabah, serta Ba’kelalan di Sarawak dengan kos RM1 bilion.

Advertisement
“Bandar-bandar bersempadan ini akan menjadi pintu masuk kepada rakyat Indonesia, khususnya selepas perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

“Dengan adanya kemudahan prasarana lengkap dan kemudahan bersesuaian pasti memajukan bandar-bandar sempadan sekali gus membuka peluang pekerjaan dan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Advertisement
David berkata, kerajaan juga diharap menyediakan sebahagian peruntukan bagi menambah sumber makanan serta mengekang harga barang daripada terus meningkat. Katanya, rakyat hari ini tertekan dengan harga barangan makanan dan perkhidmatan yang terus meningkat.

“Seharusnya ada disediakan pelan tindakan jangka panjang dan jangka pendek bagi menangani isu berkenaan.

“Kita menerima baik inisiatif yang disediakan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2023, khususnya bagi membantu golongan petani, pekebun getah, belia, wanita dan usahawan PMKS.

“Kita berharap golongan sasar ini memanfaatkan sebaik mungkin bantuan yang diberikan dan ia diagihkan kepada sasaran yang sepatutnya,” ujar beliau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here