Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ewon: Kontraktor Bumiputera disaran manfaat platform digital 
Published on: Saturday, July 22, 2023
Published on: Sat, Jul 22, 2023
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ewon: Kontraktor Bumiputera disaran manfaat platform digital 
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kontraktor Bumiputera perlu mengikut peredaran masa dan perlu berubah sekiranya mahu perniagaan lebih maju dan mapan. - gambar fail Bernama
Kota Kinabalu: Kontraktor Bumiputera disaran memanfaatkan penggunaan platform digital untuk mempromosikan perniagaan dan bersaing memperluaskan perniagaan dengan menceburi pasaran terbuka, tanpa bergantung semata-mata kepada projek kerajaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kontraktor Bumiputera perlu mengikut peredaran masa dan perlu berubah sekiranya mahu perniagaan lebih maju dan mapan.

Advertisement
“Kini kontraktor boleh menggunakan media sosial untuk mempromosikan syarikat masing-masing dan tidak hanya menunggu projek daripada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor Pemasaran Digital, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan amat komited bagi memastikan jaringan perniagaan kontraktor Bumiputera terus kekal mampan dan berdaya saing dalam pasaran, melalui pendedahan kepada asas dan teknik pemasaran berkesan melalui media baharu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kementerian melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sentiasa bersedia dan berusaha untuk membantu usahawan dengan mewujudkan pelbagai program dan jalinan kerjasama agar pembangunan usahawan dapat diperkukuhkan lagi di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“PKK tidak hanya bertanggungjawab dalam penyediaan kursus-kursus untuk meningkatkan kompetensi kontraktor Bumiputera sahaja, bahkan turut berperanan dalam penarafan syarikat Bumiputera bagi perolehan kerja kerajaan,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata PKK juga berusaha membentuk jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan agar kontraktor Bumiputera ini tidak terpinggir ekoran cabaran arus ekonomi yang semakin pesat membangun pada masa kini.

Sementara itu, Ewon berkata kementerian juga sememangnya komited dalam membantu dan mengalakkan penglibatan syarikat kontraktor Bumiputera dalam projek-projek yang dibangunkan kerajaan.

Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here